Skip to main content

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga

Gambar Sekadar Hiasan

Aduhhh.. banyak betul email mengenai
temuduga.

Keluhan gagal, minta tip, siap
ada tanya ada KABEL tak?

Erkkk!

Berdiri atas kaki sendiri, cuba
sebaik mungkin. InshaAllah kami
doakan kejayaan untuk anda

Ok atas sebab banyak sangat email
jadi saya buat keputusan untuk
kongsikan KESILAPAN KRITIKAL
calon yang menyebabkan kegagalan

Nak tahu?
.
.
.

======================================
8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga
======================================

Jika mahu ditulis semuanya dalam
1 post, ianya sedikit panjang.

Jadi saya pecahkan kepada beberapa
post yang akan dihantar kepada anda
hari ini, esok dan seterusnya.

+++++++++++++++
Kesilapan #1
+++++++++++++++

Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon
yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati;

>>> Kenapa anda mahu bertukar kerja?
>>> Kenapa anda bertukar kerja?
>>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja?

Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada
status pekerjaan anda.

Percayalah, kebiasaannya jawapan yang diberikan
oleh calon adalah yang negatif mengenai
majikan lama seperti;

- Majikan tak profesional
- Masalah pengurusan majikan lama
- Masalah gaji kerja lama
- Masalah suasana kerja yang tak kondusif
... masalah bla bla bla bla... tempat kerja lama

Ya lah, kalau tak ada masalah takkan
calon tersebut mencari kerja baru kan?

Yang lebih 'bijak' (kurang), calon akan
menambah ayat ini selepas perkataan negatif
mengenai tempat kerja lama diatas;

>>> Tapi saya yakin Syarikat Tuan lebih
baik dari tempat kerja lama saya


Adakah anda rasa pernyataan seperti itu
akan membuatkan penemuduga (bakal majikan baru)
gembira dengan anda? Mungkin ya, tetapi
besar kemungkinan penemuduga akan membuat
nota tambahan pada resume anda dengan
5 HURUF ini;

G.A.G.A.L


==========
Kenapa?
==========

- Adakah anda boleh menjaga nama baik syarikat?
- Masalah kurang 'profesional' pada sikap
- Peribadi anda menjadi satu persoalan

... dan mungkin lebih teruk lagi, penemuduga
akan menghubungi syarikat lama anda untuk
mendapat lebih maklumat mengenai anda.. HABIS!


Berhati-hati semasa menjawab soalan sebegini,
berikan respons yang POSITIF tanpa memburukkan
majikan lama.

Adalah lebih baik jika anda menonjolkan kekuatan
anda seperti "Saya mahu meneroka cabaran baru"
atau yang seumpama dengannya.


Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda =)

Nantikan email esok untuk "Kesilapan #2"


Jumpa esok!


Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga

Comments

Popular posts from this blog

Kesilapan #4 Semasa Temuduga

Salam sejahtera. Terima kasih kerana membuka post ini, maknanya anda sememangnya bersungguh untuk berjaya 3 Tip pada post yang lepas seharusnya memberikan anda sedikit 'goncangan' atau input 'fresh' untuk anda. Ianya datang dari hasil kajian sebab calon GAGAL Sebenarnya jika anda perasan, saya ada maklumkan mengenai rujukan temuduga sebelum ini. Ramai yang beli dan dari pengalaman mereka, kami rangkumkan 'gist' kegagalan ramai calon Dalam kata lain, dengan 'resources' dan pengalaman yang kami ada, anda tak perlu risau dan anda boleh 'bersandar' kepada kami untuk kejayaan temuduga anda! Jangan buat silap yang sama! Jom semak semula Kesilapan #1 Kesilapan #2 & #3 Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== +++++++++++++++ Kesilapan #4 +++++++++++++++ Di mana anda 5 tahun lagi Anda akan lihat kadang akan berlaku sesi 'perangkap' di sini oleh penemuduga. Mereka ...

Kesilapan #6 Semasa Temuduga

Salam Hari Minggu Semua Hari ini post sambungan 'Kesilapan Kritikal' ringkas sahaja. Kita ubah sedikit sesi perkongsian maklumat.. BOLEH? Ok begini, kami berikan anda kesilapan yang ke #6 tetapi anda sendiri tentukan bagaimana sebenarnya kesilapan ini OK? ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== +++++++++++++++ Kesilapan #6 +++++++++++++++ Ayat ini merbahaya.. ...tuan boleh rujuk resume saya, semuanya telah saya senaraikan di sana. Tetapi ianya juga boleh bertukar menjadi 'pemanis' yang bakal menguatkan anda.Bergantung 'BILA' dan 'BAGAIMANA' anda menggunakannya. Apa pendapat anda? Bila ianya menjadi 'pemanis' (sesuai digunakan) dan bila ianya menjadi 'racun' (tidak sesuai digunakan) Komen post ini dengan pendapat anda. Kami mahu dengar pendapat anda juga =) Racun atau pemanis? Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga p/s Rujuk semua 4 post sebelum ini yang mengandu...