Skip to main content

Kesilapan #4 Semasa Temuduga


Salam sejahtera.

Terima kasih kerana membuka post ini,
maknanya anda sememangnya bersungguh
untuk berjaya

3 Tip pada post yang lepas seharusnya
memberikan anda sedikit 'goncangan'
atau input 'fresh' untuk anda. Ianya
datang dari hasil kajian sebab calon
GAGAL

Sebenarnya jika anda perasan, saya ada
maklumkan mengenai rujukan temuduga
sebelum ini. Ramai yang beli dan
dari pengalaman mereka, kami rangkumkan
'gist' kegagalan ramai calon

Dalam kata lain, dengan 'resources' dan
pengalaman yang kami ada, anda tak perlu
risau dan anda boleh 'bersandar' kepada
kami untuk kejayaan temuduga anda!

Jangan buat silap yang sama!


Jom semak semula Kesilapan #1 Kesilapan #2 & #3


Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga
======================================
+++++++++++++++
Kesilapan #4
+++++++++++++++

Di mana anda 5 tahun lagi

Anda akan lihat kadang akan berlaku
sesi 'perangkap' di sini oleh penemuduga.

Mereka MUNGKIN akan bertanya soalan ini
dalam keadaan tersenyum/ketawa kecil atau
ringkasnya mereka akan bertanya dan
membuatkan anda berasa soalan ini tidak
begitu serius.

Anda harus sedar yang soalan ini adalah
SOALAN SERIUS yang akan menilai bagaimana
corak pemikiran anda

Soalan ini secara ringkasnya akan menilai
sama ada anda mempunyai wawasan atau tidak

Anda mempunyai perancangan atau tidak

Anda mempunyai keyakinan diri atau tidak

Anda jelas dengan halatuju kerjaya anda
atau tidak


Ahah! Bagaimana? Kesilapan KRITIKAL calon
semasa menjawab soalan ini adalah bercakap
sambil lewa dan tidak serius atau kurang serius

Untuk soalan ini anda harus menjawab dengan
YAKIN dan JELAS.

YAKIN = huraian dengan mimik muka yang serius

JELAS = tidak teragak-agak, ayat yang lancar


Sedikit tip: Sediakan 'skrip' khas untuk soalan
ini ya. Pasti anda akan berterima kasih dengan tip
ini :)


Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda
dengan 'forward' post ini kepada mereka =)

Nantikan post seterusnya untuk "Kesilapan #5"


Jumpa esok!



Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga
















/

Comments

Popular posts from this blog

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga

Gambar Sekadar Hiasan Aduhhh.. banyak betul email mengenai temuduga. Keluhan gagal, minta tip, siap ada tanya ada KABEL tak? Erkkk! Berdiri atas kaki sendiri, cuba sebaik mungkin. InshaAllah kami doakan kejayaan untuk anda Ok atas sebab banyak sangat email jadi saya buat keputusan untuk kongsikan KESILAPAN KRITIKAL calon yang menyebabkan kegagalan Nak tahu? . . . ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== Jika mahu ditulis semuanya dalam 1 post, ianya sedikit panjang. Jadi saya pecahkan kepada beberapa post yang akan dihantar kepada anda hari ini, esok dan seterusnya. +++++++++++++++ Kesilapan #1 +++++++++++++++ Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati; >>> Kenapa anda mahu bertukar kerja? >>> Kenapa anda bertukar kerja? >>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja? Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pe...

Kesilapan #8 Semasa Temuduga

Salam You Alls Ok ini kesilapan yang akhir untuk kami kongsikan. +++++++++++++++ Kesilapan #8 +++++++++++++++ Untuk kesilapan yang akhir ini, bukan calang calang orang boleh melakukan. Calon mempunyai keyakinan yang tinggi tetapi bakal mengakibatkan sesuatu yang parah! "Memotong cakap/hujah penemuduga" Ini sangat bahaya. Tip penting untuk ini adalah, 'rendah'kan 'semangat nak menang' anda =) Bagaimana dengan semua senarai 8 Kesilapan calon temuduga ini? Harap ianya bermanfaat dan yang paling penting sekali anda tidak melakukannya! Anda dah baca blog ini? Jika belum terus ke ; [+] http://ohtemuduga.blogspot.com/ Jangan lupa tinggal komen di sana ya! Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga p/s Untuk persediaan temuduga yang lebih mantap, ini untuk anda Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga /