Skip to main content

Kesilapan #5 Semasa Temuduga


Hai, salam sejahtera untuk anda :)

Bagaimana dengan perkongsian sebelum
ini? Harap ianya bermanfaat untuk anda.

Ianya ringkas dan saya yakin anda sudah
tahu mengenainya.

Tapi yang paling penting sejauh mana
ianya dilaksanakan dalam sesi temuduga

Teori sahaja tidak berguna sehinggalah
ianya dipraktikkan!

Okeh, kita sambung untuk kesilapan
Kritikal yang ke #5


Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga
======================================
8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga
======================================
+++++++++++++++
Kesilapan #5
+++++++++++++++

Bisnes, Misi dan Visi syarikat

Menjadi komponen WAJIB untuk calon tahu
latarbelakang syarikat/kementerian/agensi.

Kesilapan KRITIKAL calon ialah malas untuk
mengambil tahu perkara ini. Tidak penting
katanya.

Jika itu tanggapan anda, 100% anda silap!

Mengambil masa untuk mengetahui latarbelakang
syarikat ini SECARA LANGSUNG menampakkan
betapa anda serius dengan syarikat dan betul-betul
berminat untuk bekerja di situ

Dimana nak cari maklumat ini?

1 - pergi ke syarikat/kementerian tersebut.
Anda boleh tanya di sana atau terus cari di
dinding pejabat. Kebiasaannya di sana

2 - cari laman web korporat syarikat/kementerian
tersebut. Sebagai contoh untuk jawatan berkaitan
KASTAM, anda boleh baca Visi, Misi etc di laman
web korporat Kastam di;

[+] http://www.customs.gov.my/index.php/bm/info-korporat/visi-misi-a-etika



Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan 'forward'
email ini kepada rakan-rakan anda =)

Nantikan email esok untuk "Kesilapan #6"


Jumpa lagi!

Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga

Comments

Popular posts from this blog

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga

Gambar Sekadar Hiasan Aduhhh.. banyak betul email mengenai temuduga. Keluhan gagal, minta tip, siap ada tanya ada KABEL tak? Erkkk! Berdiri atas kaki sendiri, cuba sebaik mungkin. InshaAllah kami doakan kejayaan untuk anda Ok atas sebab banyak sangat email jadi saya buat keputusan untuk kongsikan KESILAPAN KRITIKAL calon yang menyebabkan kegagalan Nak tahu? . . . ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== Jika mahu ditulis semuanya dalam 1 post, ianya sedikit panjang. Jadi saya pecahkan kepada beberapa post yang akan dihantar kepada anda hari ini, esok dan seterusnya. +++++++++++++++ Kesilapan #1 +++++++++++++++ Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati; >>> Kenapa anda mahu bertukar kerja? >>> Kenapa anda bertukar kerja? >>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja? Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pe...

Oh Temuduga

Assalamualaikum Semua,  Saya nak kongsi serba sedikit pasal Temuduga.  Ramai orang takut atau gemuruh semasa temuduga. Perasaan sebegini boleh diatasi jika kita buat persiapan yang rapi.  Kebanyakan kita selalu ambil mudah atau ambil enteng pasal preparation sebelum temuduga. Result gempa tak menjamin anda dapat kerja jika tidak dapat meyakinkan penemuduga.  80% dari pencari kerja yang menghadiri temuduga GAGAL semasa temuduga sebenar. GAGAL di sini bukan bermaksud Anda tidak layak tetapi Anda sebenarnya GAGAL menunjukkan kepada Panel Temuduga bahawa diri mereka adalah yang paling layak untuk diambil bekerja. Ini sangat merugikan Anda. Ini kerana Anda tidak buat preparation se Bijak mungkin.  Anda mungkin boleh buat Rujukan di sini untuk Tips Terkini Temuduga 

Kesilapan #2 & Kesilapan #3 Semasa Temuduga

Salam sejahtera Apa khabar hari ini? Harap ok semua =) Bagaimana dengan KESILAPAN #1? Pastikan anda janji jangan buat perkara tu ya! Ok, jom kita sambung . . . Jom semak kembali Kesilapan #1 Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== +++++++++++++++ Kesilapan #2 +++++++++++++++ Bertanya mengenai cuti tahunan/cuti sakit etc Ya, semua soalan berkaitan cuti. Adalah menjadi satu kesilapan jika apabila diberi peluang untuk anda bertanya, anda memilih untuk bertanya berkaitan cuti Tahukah anda, soalan berkaitan cuti ini akan memberikan persepsi yang negatif kepada anda di mata penemuduga. Belum menjawat jawatan lagi anda sudah bertanya mengenai cuti. Bukankah ianya memberikan gambaran; "Owh.. dia ni 'kaki' cuti ni.." Isu cuti ini adalah hak anda dan anda berhak untuk tahu dan lebih manis jika anda bertanya berkaitan isu ini apabila anda sudah dipanggil melapor ...