Skip to main content

Semasa Temuduga

Salam sejahtera

Terima kasih jika anda salah seorang
yang menghantar feedback berkaitan
kesilapan kritikal #6 semalam.

Ramai rupanya yang membaca post
kritikal #6 tersebut. Tahniah untuk
anda!

ok, begini sebenarnya. Ayat..

...tuan boleh rujuk resume saya,
semuanya telah saya senaraikan di sana.

Ianya menjadi RACUN apabila anda mengeluarkan
ayat ini secara terus apabila ditanya sesuatu
yang anda yakin telah anda nyatakan di dalam
resume anda.

Contohnya penemuduga bertanya soalan;

"Adakah saudara/i pernah hadir ke mana-mana
kursus atau seminar berkaitan XxXxX?"

dan anda terus menjawab..

"Ya ada. Tuan boleh rujuk resume saya..."

Anda menjawab dengan penuh hemah, positif
tetapi ianya memberikan impak yang negatif
kerana anda memberikan ARAHAN secara tidak
langsung kepada penemuduga

Juga secara tidak langsung anda 'memarahi'
beliau kerana tidak membaca resume anda.

Ianya terpulang kepada persepsi penemuduga
itu, tetapi alangkah baiknya jika kita cuba
mengelakkan perkara negatif berlaku kan?

Ianya akan menjadi PEMANIS jika anda ubah
sedikit ayat anda. Merujuk kepada soalan
yang sama di atas tadi, anda jawab;

"Ya tuan/puan. Saya telah menghadiri.....
pada.... Ianya banyak membantu saya dalam
meningkatkan...... Saya ada masukkan dalam
resume saya berkaitan kursus ini dan beberapa
kursus lain yang saya hadir untuk meningkatkan
kemahiran saya..."

Ahah! Bukankah ianya lebih manis?


Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda =)

Nantikan post esok untuk "Kesilapan #7"



Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga




Jumpa Esok!



Comments

Popular posts from this blog

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga

Gambar Sekadar Hiasan Aduhhh.. banyak betul email mengenai temuduga. Keluhan gagal, minta tip, siap ada tanya ada KABEL tak? Erkkk! Berdiri atas kaki sendiri, cuba sebaik mungkin. InshaAllah kami doakan kejayaan untuk anda Ok atas sebab banyak sangat email jadi saya buat keputusan untuk kongsikan KESILAPAN KRITIKAL calon yang menyebabkan kegagalan Nak tahu? . . . ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== Jika mahu ditulis semuanya dalam 1 post, ianya sedikit panjang. Jadi saya pecahkan kepada beberapa post yang akan dihantar kepada anda hari ini, esok dan seterusnya. +++++++++++++++ Kesilapan #1 +++++++++++++++ Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati; >>> Kenapa anda mahu bertukar kerja? >>> Kenapa anda bertukar kerja? >>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja? Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pe...

Oh Temuduga

Assalamualaikum Semua,  Saya nak kongsi serba sedikit pasal Temuduga.  Ramai orang takut atau gemuruh semasa temuduga. Perasaan sebegini boleh diatasi jika kita buat persiapan yang rapi.  Kebanyakan kita selalu ambil mudah atau ambil enteng pasal preparation sebelum temuduga. Result gempa tak menjamin anda dapat kerja jika tidak dapat meyakinkan penemuduga.  80% dari pencari kerja yang menghadiri temuduga GAGAL semasa temuduga sebenar. GAGAL di sini bukan bermaksud Anda tidak layak tetapi Anda sebenarnya GAGAL menunjukkan kepada Panel Temuduga bahawa diri mereka adalah yang paling layak untuk diambil bekerja. Ini sangat merugikan Anda. Ini kerana Anda tidak buat preparation se Bijak mungkin.  Anda mungkin boleh buat Rujukan di sini untuk Tips Terkini Temuduga 

Kesilapan #2 & Kesilapan #3 Semasa Temuduga

Salam sejahtera Apa khabar hari ini? Harap ok semua =) Bagaimana dengan KESILAPAN #1? Pastikan anda janji jangan buat perkara tu ya! Ok, jom kita sambung . . . Jom semak kembali Kesilapan #1 Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== +++++++++++++++ Kesilapan #2 +++++++++++++++ Bertanya mengenai cuti tahunan/cuti sakit etc Ya, semua soalan berkaitan cuti. Adalah menjadi satu kesilapan jika apabila diberi peluang untuk anda bertanya, anda memilih untuk bertanya berkaitan cuti Tahukah anda, soalan berkaitan cuti ini akan memberikan persepsi yang negatif kepada anda di mata penemuduga. Belum menjawat jawatan lagi anda sudah bertanya mengenai cuti. Bukankah ianya memberikan gambaran; "Owh.. dia ni 'kaki' cuti ni.." Isu cuti ini adalah hak anda dan anda berhak untuk tahu dan lebih manis jika anda bertanya berkaitan isu ini apabila anda sudah dipanggil melapor ...