Skip to main content

Kesilapan #2 & Kesilapan #3 Semasa Temuduga


Salam sejahtera

Apa khabar hari ini? Harap ok semua =)

Bagaimana dengan KESILAPAN #1?
Pastikan anda janji jangan buat
perkara tu ya!

Ok, jom kita sambung
.
.
.
Jom semak kembali

Kesilapan #1

Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga
======================================
8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga
======================================
+++++++++++++++
Kesilapan #2
+++++++++++++++

Bertanya mengenai cuti tahunan/cuti sakit etc

Ya, semua soalan berkaitan cuti. Adalah
menjadi satu kesilapan jika apabila
diberi peluang untuk anda bertanya, anda
memilih untuk bertanya berkaitan cuti

Tahukah anda, soalan berkaitan cuti ini
akan memberikan persepsi yang negatif kepada
anda di mata penemuduga.

Belum menjawat jawatan lagi anda sudah bertanya
mengenai cuti. Bukankah ianya memberikan
gambaran;

"Owh.. dia ni 'kaki' cuti ni.."


Isu cuti ini adalah hak anda dan anda
berhak untuk tahu dan lebih manis jika
anda bertanya berkaitan isu ini apabila
anda sudah dipanggil melapor diri/berjaya
temuduga

Kami syorkan anda simpan soalan tersebut
terlebih dahulu


+++++++++++++++
Kesilapan #3
+++++++++++++++

Telefon bimbit. Sama ada telefon itu berbunyi
atau 'vibrate', kedua-duanya bakal mengganggu
penemuduga.

Lebih teruk anda mengambil keputusan untuk
mengeluarkan telefon tersebut dan melihat
'siapa pemanggil' itu (walaupun anda tidak
menjawab panggilan tersebut)

Lebih nazak lagi apabila anda meminta izin
untuk menjawab telefon tersebut dari penemuduga.

Jangan ketawa! Hal ini berlaku dan biasa
berlaku. Jangan biarkan ianya berlaku
kepada anda

Kami syorkan, MATIKAN terus telefon tersebut
dan nantinya selepas temuduga hidupkan semula.



Rasanya kesilapan #2 dan #3 ini terlalu
asas, tetapi ramai yang alpa mengenainya.


Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat
untuk anda. Jika anda dapati ianya bermanfaat,
anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan anda =)

Nantikan email esok untuk "Kesilapan #4"


Jumpa esok!


Rujukan untuk Tips Terkini Temuduga

Comments

Popular posts from this blog

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga

Gambar Sekadar Hiasan Aduhhh.. banyak betul email mengenai temuduga. Keluhan gagal, minta tip, siap ada tanya ada KABEL tak? Erkkk! Berdiri atas kaki sendiri, cuba sebaik mungkin. InshaAllah kami doakan kejayaan untuk anda Ok atas sebab banyak sangat email jadi saya buat keputusan untuk kongsikan KESILAPAN KRITIKAL calon yang menyebabkan kegagalan Nak tahu? . . . ====================================== 8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga ====================================== Jika mahu ditulis semuanya dalam 1 post, ianya sedikit panjang. Jadi saya pecahkan kepada beberapa post yang akan dihantar kepada anda hari ini, esok dan seterusnya. +++++++++++++++ Kesilapan #1 +++++++++++++++ Ianya adalah 'jerat' oleh penemuduga. Calon yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati; >>> Kenapa anda mahu bertukar kerja? >>> Kenapa anda bertukar kerja? >>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja? Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pe...

Oh Temuduga

Assalamualaikum Semua,  Saya nak kongsi serba sedikit pasal Temuduga.  Ramai orang takut atau gemuruh semasa temuduga. Perasaan sebegini boleh diatasi jika kita buat persiapan yang rapi.  Kebanyakan kita selalu ambil mudah atau ambil enteng pasal preparation sebelum temuduga. Result gempa tak menjamin anda dapat kerja jika tidak dapat meyakinkan penemuduga.  80% dari pencari kerja yang menghadiri temuduga GAGAL semasa temuduga sebenar. GAGAL di sini bukan bermaksud Anda tidak layak tetapi Anda sebenarnya GAGAL menunjukkan kepada Panel Temuduga bahawa diri mereka adalah yang paling layak untuk diambil bekerja. Ini sangat merugikan Anda. Ini kerana Anda tidak buat preparation se Bijak mungkin.  Anda mungkin boleh buat Rujukan di sini untuk Tips Terkini Temuduga